PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI AKTIVITI KEAGAMAAN

HOME

Assalamu'alaikum WBT.
Salam Ramadhan Al Mubarakh.

Hari ini , Sabtu 2.5.2020, masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua Rakyat Malaysia di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang bermula pada 18.3.2020. 

Di kesempatan masa yang terhad ini, saya ingin terus menarik perhatian kepada Perutusan Perdana Menteri Malaysia  (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1.5.2020 semalam.

Menurut perutusan PM, "bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa."

"Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah rumah ibadat juga tidak dibenarkan."


PAPIM ingin merayu kepada pihak kerajaan/PM untuk memberi kelonggaran bersyarat terhadap aktiviti keagamaan terutamanya di bulan Ramadhan kerana ini adalah bulan ibadah umat Islam Malaysia sebagaimana di dalam Perlembagaan Malaysia yang terpelihara itu, Islam adalah Agama Rasmi Malaysia. 

PAPIM mengambil inisiatif mewakili hati nurani rakyat Malaysia beragama Islam dan merayu supaya Kerajaan Malaysia memberi kelonggaran bersyarat terhadap aktiviti Ibadat solat Sunat Terawikh di Masjid di bulan Ramadhan. Ini berikutan terdapat banyak sungutan-sungutan dan keluhan yang disuarakan di media sosial.

Di samping itu,  PAPIM juga ingin mengemukakan cadangan dan kaedah yang difikirkan sesuai bagi membenarkan solat sunat terawikh dijalankan di Masjid seperti contoh berikut:

1. Aktiviti Solat Terawikh dibenarkan dijalankan hanya di Masjid-Masjid Jamek di mana adaya Kakitangan  dan Ahli jawatankuasa Rasmi. Solat terawikh di surau hanya dibenarkan kepada Imam, Bilal dan Tok Siak sahaja.

2. Hanya satu (1) pintu sahaja dibuka untuk laluan seorang individu bagi setiap mesjid di mana setiap jemaah disaring sebagaimana prosedur PKP semasa.

3. Pintu masjid akan di buka untuk umum mulai waktu setengah jam sebelum Isyak sehingga Imam memberi salam. Selepas itu pintu Masjid akan ditutup. Pada Jemaah yang tidak beredar dari kawasan luar masjid akan menghadapi risiko tindakan kerana berkumpul di tempat awam .

4. Bilangan jemaah adalah mengikut keluasan dewan solat masjid dalam meter persegi. Contoh jika keluasan masjid adalah 88.5 m persegi, ia akan dikira sebagai 89 meter persegi. Maka hanya seramai 89 orang sahaja dibenarkan masuk. Pintu masjid akan dikunci/dimangga sehingga selesai dan sempurna Solat sunat terawikh beserta solat sunat witir.

5. Hanya lelaki dewasa sahaja yang dibenarkan masuk ke Masjid. Kaum wanita boleh solat sunat terawikh di rumah bersama keluarga. Sekiranya ada anak lelaki yang telah Mumayiz, maka boleh latih anak tersebut menjadi imam. Wanita boleh menjadi imam kepada wanita yang lain.

Semoga dengan cadangan ini, dapat membantu pihak berkuasa mendapatkan kaedah terbaik dan lebih adil bagi memberi kelonggaran kepada keseluruhan aktiviti-aktivi di Malaysia di sepanjan PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19 ini.



PAPIM
Persatuan Anti Penipuan Islam Malaysia
Sabtu, 2.5.2020
9 Ramadhan 1441 Hijrah
9.18 am



(PAPIM - PERSATUAN ANTI PENIPUAN ISLAM MALAYSIA (NSID-019-16082019) ditubuhkan pada 18/08/2019 dan sedang dalam proses penyempurnaan permohonan di atas sebab-sebab kekangan terhadap semua AJK)








Comments